My Masjid

Tuesday, 14 August 2012

SEJARAH PENUBUHAN MASJID MAQBUL TELUK KUMBAR


PENDAHULUAN

 Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam.Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Pemilihan tajuk “Peranan dan Fungsi Masjid Maqbul Telok Kumbar” adalah kerana kedudukan masjid ini terletak berdekatan dengan kediaman yang saya diami.Sebelum itu,masjid ialah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf,bagi umat Islam.Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan,muamalat,dan perkembangan dakwah Islamiah serta pusat aktiviti umat Islam.Dari segi bahasa, masjid bermaksud tempat sujud..Alhamdulillah masjid Maqbul ini selama ini begitu aktif dalam menjadi pusat  ibadah, pusat ilmu dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.Seperti yang sedia maklum,masjid adalah tempat menyembah Allah atau pun dikenali sebagai rumah Allah.Masjid juga merupakan suatu tempat yang Allah muliakan.Masjid juga sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islamyang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid,tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid terletak. 

Seperti dalam firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 17 dan 18 yang bermaksud ; "Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan fungsi masjid adalah dengan memakmurkannya dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam.

SEJARAH   PENUBUHAN
  
Masjid Qaryah Telok Kumbar dikenali sebagai Masjid Maqbul terletak di Kampung Masjid Telok Kumbar masih kekal dengan bangunan lama hingga ke hari ini.Masjid ini telah dibina dalam sekitar tahun 1960-an.Kedudukan masjid ini hanya 1.5 dari Pekan Telok Kumbar,dahulunya bangunan masjid ini banyak kekurangan dari segi kemudahan tetapi pertambahan jemaah dari masa ke semasa.Kemudahan di masjid ini mula dipertingkatkan.Sehingga kini kemudahan masjid ini semakin rancak di perbaharui seperti rancangan pembinaan bangunan baru yang serba lengkap. Menurut Pengerusi Qaryah Teluk Kumbar, Dato' Prof. Muhammad Idiris Hj. Saleh bangunan baru masjid akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan kuliah, bilik mesyuarat, bilik pentadbiran serta kemudahan homestay. Keluasan tapak masjid keseluruhan seluas kira-kira 4 ekar telah pun selesai dan anggaran kos pembinaan bangunan utama dan lain-lain infrastruktur dianggarkan berjumlah RM9 juta.Sehubungan itu, Jawatankuasa Qaryah mengalu-alukan sokongan semua pihak terutama ahli-ahli korporat dan ahli-ahli qaryah untuk menginfakkan semampu dan seikhlas yang mungkin bagi tujuan pembinaan bangunan masjid. Masjid in juga memegang visi dan misi berikut:

Moto:
Kegemilangan ummah tanggungjawab ummah.

Visi:
Masjid Maqbul sebagai pusat ummah berjaya.

Misi:
  •  Masid Maqbul sebagai penjana generasi bertaqwa,penyebar ilmu dan pemberi perkhidmatan fardu kifayah dan fardhu ain bermula dari pendidikan agama hingga kepada keperluan ilmu agama terkini melalui sekolah agama dan infranstruktur masjid yang serba lengkap.
  •  Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan ekonomi melalui ruang niaga terbuka dan tertutup untuk aktiviti pengumpulan sumber keluaran tempatan dan luaran untuk aktiviti pengeluaran dan jualan.
  • Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan untuk urusan kelahiran,perkahwinan dan kematian dengan infranstruktur yang lengkap.
  • Masjid Maqbul sebagai pemberi perkhidmatan kesihatan dan riadah dan sukan melalui  ruang tertutup dan terbuka yang memadai.

No comments:

Post a Comment