My Masjid

Tuesday, 14 August 2012

SEJARAH PENUBUHAN MASJID MAQBUL TELUK KUMBAR


PENDAHULUAN

 Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam.Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Pemilihan tajuk “Peranan dan Fungsi Masjid Maqbul Telok Kumbar” adalah kerana kedudukan masjid ini terletak berdekatan dengan kediaman yang saya diami.Sebelum itu,masjid ialah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf,bagi umat Islam.Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan,muamalat,dan perkembangan dakwah Islamiah serta pusat aktiviti umat Islam.Dari segi bahasa, masjid bermaksud tempat sujud..Alhamdulillah masjid Maqbul ini selama ini begitu aktif dalam menjadi pusat  ibadah, pusat ilmu dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.Seperti yang sedia maklum,masjid adalah tempat menyembah Allah atau pun dikenali sebagai rumah Allah.Masjid juga merupakan suatu tempat yang Allah muliakan.Masjid juga sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islamyang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid,tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid terletak. 

Monday, 6 August 2012

Nuzul Quran


Pada 17 Ramadan 2011M ini, umat Islam memperingati tepat ulangtahun ke 1401 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.
Diantara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :
(1) Allah swt memilih para rasulnya dikalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiyak ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.

Sumbangan Kepada Fakir Miskin

YB DATO' HAJI ABDUL HALIM HUSSAIN
Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
 
Ahad 2 Ogos 2012 - YB DATO' HAJI ABDUL HALIM HUSSAIN
Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mewakili Pusat Urus Zakat telah memberikan sumbangan beras  kepada fakir miskin di sekitar Kampung Masjid Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Sumbangan ini hasil kutipan wang  yang diberikan kepada pihak PUZ untuk diagihkan kepada fakir miskin. Sumbangan ini sangat bermakna bagi mereka yang serba kekurangan kerana esoknya sudah masuk 13 Ramadhan 1433H. Moga pahalanya sampai penyumbangnya.

Antara tetamu yang hadir bagi melancarkan program sumbangan tersebut dan majlis berbuka puasa di Masjid Teluk Kumbar.
 Antara Fakir Miskin yang di santuni dan dijemput  datang bagi mengambil sumbangan yang akan diberikan kepada mereka beras dan hamper pakaian hari raya dan makanan



 YB DATO' HAJI ABDUL HALIM HUSSAIN
Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
sedang menjamu selera bersama AJK Masjid .