My Masjid

Thursday, 13 September 2012

Al-Fatihah

Al-Fatihah

Salam Takziah buat kepada keluarga Tok Siak iaitu Encik Ismail bin Abdullah yang telah kembali ke Rahmatillah pada 7 September 2012 Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat kepadanya dan ditempatkan bersama orang Soleh di Syurga Allah. Amiiiiiiin .

Wednesday, 12 September 2012

Air Mani


Mani
Mani : Air yang warnanya agak putih dan agak keruh (seakan-akan Madi), yang biasanya keluar melalui kemaluan lelaki atau zakar dan melalui kemaluan perempuan atau faraj sesudah berlakunya inzal (kelazatan), nafsu berahi memuncak.

Hukumnya tidak najis dan tidak wajib dicucinya apabila terkena pakaian. Cukuplah hanya dengan membuangnya dari pandangan zahir seperti membuang ludah, kahak atau hingus.

Ini sesuai dengan hadith nabi bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. ditanyakan kepada Nabi (S.A.W.) mengenai baju yang terkena mani, maka jawab Nabi (S.A.W.) : “Mani itu serupa denga hingus dan kahak dan cukuplahj kamu buangkan dengan perca atau daun”.

Akan tetapi apabila mahu melakukan ibadat, seseorang itu wajib mandi janabah (junub) terlebih dahulu dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Tuesday, 11 September 2012

Puasa 6 Hari di bulan Syawal

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal. 

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.